My Best

Selasa, 18 September 2012

tips untuk gembira merawat hati yg sedih dan kecewa...

       assalamualaikum...


            Di pagi yg mulia ini aku ingin berkongsi tips untuk mengembirakan hati yg sedih,sengsara dan kecewa.mesti ramai di antara kita yg pernah mengalami kenangan pahit yg sukar untuk kita lupakan,apatah lagi ia melibatkan soal hati yg telah terluka dan terguris.memang kita di takdirkan tak sempurna tetapi cubalah kita jadikan diri kita yg terbaik dah hidup dgn sempurna di samping orang yg kita cinta dan sayangi.setiap yg berlaku memang dah tertulis tapi rasanya sebelum kita nak lakukan sesuatu yg boleh membuatkan org yg kita sayang terluka..kita bole fikirkan samaada benda tu baik atau pun buruk. jadi kepada sesiapa yg hatinya pernah terluka dan terguris,sama2lah kita ikuti tip ini ,mudah2an tuhan akan membuka hati kita untuk sentiasa redha dgn setiap yg berlaku dan jadikan kita sentiasa memperbetulkan diri dr membuat kesilapan....INSYALLAH....AMIN... 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut,aku gabungkan dengan caraku sendiri. Kita mulakan dengan…


 1. latih minda
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.


 2. Buang Sikap Risau.
 Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal


 3. Belajar Rajin Bersyukur.
 Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.


 4. Belajar Menjadi Pemaaf
. Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda


 5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
. Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…


 6. Ubah Fikiran 
 Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.


 7. Hati Mesti ‘Keras’
 Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya. 

 Razanah amy akan terus lakukan tips di atas walaupun susah untuk ku lakukan,tetapi yg pastinya tuhan akan bg ganjaran yang lebih bagi setiap orang yg sabar.....sesungguhnya kesabaranku inilah yang membuatkan aku terus di sini.....AMIN...

1 ulasan:

  1. betul tu kak.. lagi2 tentang memaafkan tu. bila kita lepaskan semua, hati akan jadi lebih tenang.. kalau simpan sendiri yg sakit. jadi, bykkan bersabar, jadi org yg pemaaf & bersangka baik dgn org. tp kalau org dh terang2 buat dajal dgn kita memang saya taruk cukup2 =)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award

create your own banner at mybannermaker.com!