My Best

Isnin, 24 September 2012

sekadar renungan bersama

assalamualaikum..


Renungan di kala lewat malam hari.

✿ Kepada para suami....


Sayangilah isteri pendampingmu...

Seperti engkau menyayangi dirimu sendiri.
Jika engkau menyakitinya...
Ingatlah bahawa engkau telah menyakiti dirimu sendiri....
Kerana isterimu adalah mahkluk yang terindah yang diciptakan dari tulang rusukmu...
Isterimu adalah sebahagian daripada dirimu ....

✿ Kepada para isteri...


Sayangilah suami pendampingmu ...

lebih dari engkau menyayangi dirimu sendiri
Kerana merekalah yang akan menentukan kamu ke syurga ALLAH SWT...
Berbaktilah kepada suamimu...
Kerana syurgamu terletak pada keridhoan suamimu...

✿ Kala hati telah bersatu di dalam perkahwinan yang murni maka jagalah ia dengan kesetiaan...


✿ Jangan pernah melukai hatinya dan jangan pernah mengkhianati cinta sucinya...


saja-saja luahan rasa....LAYANNNN

ASSALAMUALAIKUM...


Di pagi ini takala diriku sendirian kat umah terdengar plak lagu rossa '' HATI YANG KAU SAKITI '' dan kumpulan ungu '' AKU BUKAN PILIHAN HATIMU ''..rasa sayu hatiku dan ku buka blog lalu ku coretkan sesuatu yg something dari hatiku sendiri...walaupun ianya berlaku atau tak dengan ku tapi ku rasa semua orang pernah mengalaminya apatah lagi tentang soal ''HATI''..sesungguhnya cinta itu terlalu rumit jika nak fikirkan..takala kita terlalu mencintai seseorang itu tapi dalam masa yg sama dia plak bermadu kasih dgn org lain...huhuhu...hanya tuhan saja yg tahu perasaan itu hancur berkecai...bagaikan kaca terhempas ke lantai....akan tetapi walaupun di hatinya bermadu kasih itu hanyalah semata2 nak hilangkan boring atau pun suka-suka..but dia tahu ker juga yer perbuatannya itu memang akan membuatkan hati orang yang mencintainya itu terluka...huhuhu..kalau nak di fikirfkan terus bagaikan nak pecah kepala...apa pun ini cuma luahan rasa hati ....tak ada kena mengena dengan sesiapa pun..ianyanya sekadar coretan semata2....akan tetapi sesiapa yg terasa...bak kata pepatah 'SIAPA YG MAKAN CILI DIA TERASA PEDASNYA'' maafkanlah yer.....sebab kita ne manusia biasa yg tak terlepas dari membuat kesilapan...kita manusia yg serba kekurangan dan susah untuk kita mencari kesempurnaan dalam diri kita...apa yang penting ialah mengubah cara hidup kita untuk lebih mencintai dan menyayangi orang yang menyayangi kita yg berada di sisi kita selamanya.....
'' INSYALLAH AMIN ''


 


'' HATI YANG KAU SAKITI ''

Sesungguhnya bila hati ini pernah di lukai...parutnya amat susah untuk di hilangkan walaupun kita cuba untuk mengembalikan seperti biasa....ingatlah wahai insan yang tersayang sesungguhnya bila hati ini pernah di lukai rawatlah dia dengan sempurna dan janganlah lukai lagi hatinya...tapi jika terfikir nak lukai lagi ......sesungguhnya ::.


 AKU BUKAN PILIHAN HATIMU ''


 

Dan bila aku bukan lagi pilihan hatimu....carilah insan yang boleh membahagiakanmu satu hari nanti...dan ku doakan semoga kau berbahagian selamanya....cuma satu saja pintaku denganmu, biarlah aku menjadi lilin yang membakar diri ini untuk menerangimu ,membahagiakanmu selamanya..seandainya engkau tahu cinta dan kasihku tak pernah berubah denganmu walaupun 
'' HATI INI PERNAH KAU LUKAI''


Buatmu W :ketika kau mencintainya dan kau akan mendapat hujan,cintailah aku sebagai pelangimu dan jika aku selalu membuatmu kesal,berikanlah aku waktu untuk membahagiakanmu walaupun hanya sebentar.sesungguhnya aku akan tetap menjaga indahnya cinta kita mestipun satu saat pelangi tak lagi sanggup menjaga indahnya goresn warnanya.....mungkin aku bukan yang terbaik bagimu,tapi yakinlah akan ketulusanku.kerna bagiku mencintaimu adalah kebahagianku.
.

Selasa, 18 September 2012

tips untuk gembira merawat hati yg sedih dan kecewa...

       assalamualaikum...


            Di pagi yg mulia ini aku ingin berkongsi tips untuk mengembirakan hati yg sedih,sengsara dan kecewa.mesti ramai di antara kita yg pernah mengalami kenangan pahit yg sukar untuk kita lupakan,apatah lagi ia melibatkan soal hati yg telah terluka dan terguris.memang kita di takdirkan tak sempurna tetapi cubalah kita jadikan diri kita yg terbaik dah hidup dgn sempurna di samping orang yg kita cinta dan sayangi.setiap yg berlaku memang dah tertulis tapi rasanya sebelum kita nak lakukan sesuatu yg boleh membuatkan org yg kita sayang terluka..kita bole fikirkan samaada benda tu baik atau pun buruk. jadi kepada sesiapa yg hatinya pernah terluka dan terguris,sama2lah kita ikuti tip ini ,mudah2an tuhan akan membuka hati kita untuk sentiasa redha dgn setiap yg berlaku dan jadikan kita sentiasa memperbetulkan diri dr membuat kesilapan....INSYALLAH....AMIN... 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut,aku gabungkan dengan caraku sendiri. Kita mulakan dengan…


 1. latih minda
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.


 2. Buang Sikap Risau.
 Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal


 3. Belajar Rajin Bersyukur.
 Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.


 4. Belajar Menjadi Pemaaf
. Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda


 5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
. Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…


 6. Ubah Fikiran 
 Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.


 7. Hati Mesti ‘Keras’
 Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya. 

 Razanah amy akan terus lakukan tips di atas walaupun susah untuk ku lakukan,tetapi yg pastinya tuhan akan bg ganjaran yang lebih bagi setiap orang yg sabar.....sesungguhnya kesabaranku inilah yang membuatkan aku terus di sini.....AMIN...

Isnin, 10 September 2012

PeLeNgKaP HiDuPkU - eReN FeAt RoMi


 

Assalamualaikum.....

Pagi isnin yg sanggat ceria buatku....dan aku harap begitu juga dengan teman-teman semua....
pagi ne nak kongsi sikit cerita tentang lagu di atas....pertama kali aku dengar lagu ne,aku anggap biasa jer..tapi bila dah selalu dengar kat laptop dan kereta,terfikir plak lagu dan lirik ne sanggat indah bagi yg berkasih dan juga yg dah berfamily..( hihihi..berkahwin gitu )....

Tajuk lagu ;PELENGKAP HIDUPKU...

Bila tgk tajuk lagu ne dan isi liriknya...boleh kita terfikir adakah si dia sudah menjadi PELENGKAP HIDUP KITA...ataupun tidak....tapi untuk aku..terima kasih kepada my hubby kerna sudi jadikan aku pelengkap hidupnya dan juga begitu dgn ku kerna hadirnya my hubby sayang sebagai pelengkap hiduku hingga ke akhir hayat..Amin...insyallah...hanya tuhan saja yg maha mengetahuinya....

Kepada teman-teman semua aku berharap kalian akan menjumpai kekasih hati yg akan sentiasa mencintai dan menyayangi anda sepanjang hayat dan menjadi PELENGKAP HIDUP seseorang...
Amin dan insyallah.....

Sekian untuk kali ne aku berbicara...jiwang plak di awal pagi.....

 


Khamis, 6 September 2012

 ASSALAMUALAIKUM



                                                            

kepada teman-teman semua di sini aku sekadar nak kongsi kisah seorang isteri yg terlalu menyayangi suaminya sehinggakan dia merelakan suaminya pergi dengan aman di sisi ALLAH SWT...silalah baca entri ini sekadar untuk renungan kita bersama:

..Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau iste
ri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."


membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."


membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"


membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"


selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."


Razanah amy :Ya Allah..sedih apabila aku baca cerita ni..

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..
sesungguhnya cinta itu suci buat suami dan isteri bila sama-sama menghargainya..
aku harap kasih sayangku kepadamu(suamiku) hingga ke syurga..
AMIN..

Rabu, 5 September 2012

Menyesal sebab bertanya..???

 Assalamualaikum...
cerita  ne agak lucu sekali...harap rakan-rakan tak gelak sangat yer bila membacanya...hihihi.
tapi tuan tanah dah mula lucu ne...( ketawa sampai perut kecut )...


Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung..
Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya...

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?

"Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah

"bukan itu maksud saya" Lalu di ajukan soalan yang lain..

"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?

"Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung

"maaf, bukan itu maksud saya" Sekali lagi dia cuba bertanya

"maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?" Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi...

"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang lain,maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari.......menyesal tanya............

Selasa, 17 Januari 2012

Hati



Hati ini tak megira
drimu yg dulu ku kenal kini berubah.... . . .
mulut mu selalu berkata sayang…
Tapi hatimu membohöngi prasaan itu ….
kmu tak pernh meyedari siapa yg mempeduli kan mu
ketika kamu susah
berapa besar perhatian yg ku berikan untuk mu
dimana kau letakkan kesetian itu…!!
asalkan dirimu mengerti
hidup ini akan bahagia
bila bersama orang yg di cintai
hati akan bahagia
bila bersama orng yg di sayangi
hati tak kan senang bila
terpaksa menyayangi sese orng
cintai lah orang yang mencintai mu
jangan pernah mencintai sese orng yg tidak mencintai mu
kerana kebahagian berada pada orang yg mencintai dan kamu cintai..
sayangilah dirinya ...sepertimana kamu kenali dia sebelum kamu memilikinya dulu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award

create your own banner at mybannermaker.com!